Tokoh

1. Ja'd Ibn Dirham (Pengasas Fahaman Jabariyyah)

- manusia tidak mempunyai kebebasan, kehendak, kemampuan (al-istiţa’ah) mahupun daya usaha sendiri

- manusia juga dikatakan tidak mempunyai ikhtiar atau pilihan

- segala apa yang dilakukakan oleh manusia adalah dipaksa (majbur) dengan tiada kemahuan dan pilihan baginya

- Segala perilaku dalam sesuatu yang berlaku adalah telah ditetapkan oleh Allah S.W.T

- Segala perilaku manusia itu hanyalah simbolik semata-mata atau kiasan seperti mana peredaran bumi, terbit dan terbenamnya matahari serta pasang dan surutnya air laut yang semua itu di dalam kawalan dan ketentuan Allah - termasuk dalam melaksanakan kewajipan, menerima pahala dan dosa . 

 

 

2. Jahm bin Shafwan (Golongan jabariyyah melampau)

- Syurga dan neraka  tidak kekal. Tidak ada yang kekal selain Allah SWT.

- Iman adalah ma'rifat atau membenarkannya dalam hati. Dalam hal ini, pendapatnya sama dengan    konsep iman yang diajukan oleh kaum murji'ah.

- Kalam allah adalah makhluk. Allah Maha Suci dari segala sifat dan keserupaan dengan manusia seperti berbicara, mendengar dan melihat. Begitu pula dengan Allah SWT, Dia tidak dapat dilihat dengan indera mata di akherat kelak.

 

Rujukan 

https://www.mindamadani.my/isu-semasa/item/51-kesan-fahaman-jabariyyah-halangan-kepada-cara-berfikir-masyarakat-melayu.html

https://yosipratiwi.blogspot.com/2013/01/artikel-golongan-jabariyah.html