JABARIYAH

Perkataan "Jabariyah" berasal daripada kata bahasa arab "Jabara" yang bermaksud memaksa. Dan yang dimaksudkan adalah suatu golongan atau aliran atau kelompokyang berfahaman bahawa semua perbuatan manusia bukan atas kehendak sendiri, namun ditentukan oleh Allah S.W.T. Dalam erti kata lain bahawa setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia sama ada perbuatan buruk, jahat dan baik semuanya telah ditentukan oleh Allah s.w.t. dan bukan atas kehendak atau adanya campur tangan manusia. Jabariyah adalah pendapat yang tumbuh dalam masyarakat Islam yang melepaskan diri dari seluruh tanggungjawab. Maka manusia itu disamakan dengan makhluk lain yang bebas dari tindakan yang dapat dipertanggungjawabkan. Dengan kata lain, manusia itu diibaratkan benda mati yang hanya bergerak dan digerakkan oleh Allah Pencipta, sesuai dengan apa yang diinginkan-Nya. Dalam soal ini manusia itu dianggap tidak lain melainkan bulu di udara dibawa angin menurut arah yang diinginkan-Nya. Maka manusia itu seolah-olah tiada lagi ikhtiar untuk memilih apa yang diinginkannya sendiri. Ini dapat diertikan pula bahawa manusia itu akhirnya tidak bersalah dan tidak berdosa, sebab ia hanya digerakkan oleh kekuatan atasan dimana ia tidak lain laksana robot yang mati, tidak bererti.


Sumber : https://www.academia.edu/6424991/ALIRAN-AQIDAH