SEJARAH PERKEMBANGAN



Sejarah aliran Jabariyah mula diterapkan pada masa kerajaan Ummayyah (660-750M), di mana ketika itu masa keadaan keamanan sudah pulih dengan tercapainya perjanjian di antara Muawiyah dengan Hasan bin Ali bin Abu Thalib yang tidak mampu lagi menghadapi kekuatan. Maka Muawiyah telah mencari jalan untuk memperkuatkan kedudukannya. Beliau telah bermain dengan politik yang licik dengan memasukkan ke dalam pemikiran rakyat jelata bahawa perlantikannya sebagai ketua Negara dan memimpin umat Islam adalah berdasarkan “Qada‟ dan Qadar/ketentuan dan keputusan Allah semata-mata” dan tidak ada unsur manusia yang terlibat di dalamnya.


     Golongan Jabariyah buat pertama kalinya telah muncul di Khurasan (Persia) pada saat munculnya golongan Qadariyah, iaitu kira-kira pada tahun 70. Aliran ini telah dipelopori oleh Jahm bin Shafwan, aliran yang juga dikenali sebagai Jahmiyah. Jahm bin Shafwan yang merupakan individu yang mula mengatakan bahawa manusia terpesong dan tidak mempunyai kebebasan apa-apapun. 


    Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa semua perbuatan manusia telah ditentukan oleh Allah semata-mata tanpa campur tangan daripada manusia.  Seterusnya, fahaman jabariyah ini telah dinisbatkan kepada Jahm bin Shafwan, oleh sebab itu golongan Jabariyah ini juga telah dikenali dengan nama Jamhiyah. Namun begitu, pendapat lain telah mengatakan bahawa orang pertama yang telah mempelopori fahaman iniadalah Al-Ja‟ad bin Dirham, dia juga disebut sebagai orang yang pertama yang telah menyatakan bahawa Al-Quran itu adalah makhluk dan telah meniadakan sifat-sifat Allah.


     Selain itu, golongan ini juga telah mengingkari adanya ru‟ya iaitu melihat Allah dengan mata kepala di akhirat. Meskipun golongan Qadariyah dan Jamhiyah sudah musnah atau pupus namun ajarannya masih tetap diamalkan. Hal ini kerana golongan Mu‟tazilah menjadi pewaris kedua pemahaman ini dan megadaptasikan ajaran bagi kedua-dua ajaran golongan ini. Golongan Qadariyah ini disebut kerana mereka telah mewarisi fahaman tentang penolakan terhadap adanya takdir dan mereka telah menyandarkan semua perbuatan manusia kepada diri sendiri tanpa ada kaitan dengan Tuhan.


     Seterusnya disebut sebagai Jahmiyah kerana golongan ini mewarisi fahaman yang menunjukkan penolakan mereka yang telah menidakkan sifat-sifat Allah, Al-Quran sebagai makhluk dan mengingkari kemungkinan melihat Allah dengan mata kepala sendiri pada hari kiamat.  Dalam hal ini, Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa sebagai pengikut Mutazilah adalah Jahmiyah tetapi tidak semua Jahmiyah adalah Mutazilah, kerana Mutazilah berbeza pendapat dengan golongan Jahmiyah dalam masalah Jabr (hamba berbuat kerana terpaksa). 




sumber : https://www.academia.edu/6424991/ALIRAN-AQIDAH